Friday, June 15, 2018

Resepi Mudah Apam Pisang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Ba-ba-na-na Banana !

Hai Assalamualaikum,
Salam Lebaran 😍
Macam mana raya pertama hari ini ? 
Okay tak ? Mesti tak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung di rumah kan 😂 Sama lah dengan Qila.

Nasib ada resepi mudah, ringkas, senang dan cepat di sediakan 😁 Dapat lah Qila menjamu tetamu di saat ketupat rendang habis 😆

Apam Pisang

Siapa di sini yang suka kan pisang ?
My favourite ini 🍌😋
Jom kita cubakan resepi yg mudah dan cepat di siapkan ini.

Apam nya sangat gebu, masih lembut walaupun sudah sejuk. Best tak makanan ini 😉 Korang kena lah cuba baru tahu best ke tak best 😆

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur gred A ( Qila pakai gred B jadi lebihkan sebiji )
100 ml minyak jagung atau mentega di cairkan
¼ cawan gula kastor
½ sudu teh esen vanilla atau esen pisang
( Qila tambah )
4 biji pisang emas saiz sederhana
Secubit garam
Bahan-bahan di perlukan

Cara-cara :

1. Bahan-bahan cecair di satukan dulu.
Pukul untuk sebatikan.

2. Masukkan pisang yang siap di lecek ke dalam adunan tadi untuk di gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum yang di ayak bersama baking soda, soda bicarbonate sedikit demi sedikit sehingga semua bahan bersatu.

4. Panaskan kukusan, Qila gunakan acuan yang kecil molek untuk kukus apam ini.

5. Oleskan sedikit minyak pada acuan kita mahu gunakan isi ¾ cup kemudian kukus kan selama 15 minit atau sehingga masak.

Hiasan :

Kelapa parut atau hirisan pisang
( Qila hiaskan dengan hirisan pisang )

Susun dalam periuk kukus

Apam pisang siap di kukus. Montok kan 😆

No comments:

Post a Comment