Wednesday, June 20, 2018

Jom Belajar Buat Roti Canai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tak perlu lagi bersusah payah beratur di kedai mamak 😘

Hai Assalamualaikum
Selamat hari raya 😁

Menu sarapan apa yang anda paling suka ?
Kalau makan sekeping pasti tak cukup, lagi-lagi jika ahli keluarga yang ramai pasti masa menunggu tu jadi lama 😉

Nak tak jika Qila kongsikan resepi mudah roti canai homemade 😏
Alhamdulilah, kali pertama Qila belajar buat resepi ini. Sudah jatuh cinta dengan kelembutan roti, dah sejuk pun masih rangup di makan. Suka tak kalau gitu 😁

Qila juga dapat bantu korang jimat berbelanja tau haha. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah di dapati di rumah, tak perlu bersusah payah pergi ke kedai 😉

Roti Canai Homemade

Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
1½ cawan air
1 biji telur
2 sudu makan garam
2 sudu makan gula
3 sudu makan susu pekat manis
Majerin secukup nya
Minyak masak secukup nya

(Resepi asal ni tanpa sukatan sudu metrik kerana hanya menggunakan tangan untuk mengambil kuantiti yang di kehendaki, Qila anggar kan kuantiti nya begini tapi jika kurang manis boleh lah korang ubah suai kemudian ya)

Cara Membuat :

1. Dalam mangkuk masukkan 1 cawan air, garam, gula, telur beserta susu pekat manis.
Kacau sebati. ( Jika mahu masukkan majerin ke dalam adunan ini, cairkan 2 sudu makan majerin untuk di gaul sebati bersama-sama bahan-bahan yang lain )
1 cawan air beserta gula, garam, susu pekat
dan boleh masukkan majerin yang di cairkan


2. Setelah sebati, masukkan 1 kg tepung gandum sedikit demi sedikit agar kita senang menguli nya.

3. Tekstur doh akan melekat-lekat di tangan, teruskan menguli sehingga doh itu tidak lagi melekat di jari jemari anda. ( Sapukan minyak masak di tangan ) Tambahkan ½ cawan air jika perlu bagi memudahkan proses menguli. Tekstur permukaan doh akan jadi lebih licin jika di uli lama.


Tekstur doh yang tidak melekat di jari


4. Bentukkan bulat-bulat bagi doh yang sudah siap di uli. Untuk elakkan dari doh itu melekat antara satu sama lain, oleskan permukaan doh dengan majerin secukup nya. Mangkuk adunan yang kita letakkan doh ini mesti di sapukan majerin di sekeliling dan dalam mangkuk itu. Kebiasaan nya, 1 kg tepung gandum boleh dapat sebanyak 21 biji roti. Tangan Qila agak kecil, jadi Qila dapat 1 kg tepung gandum sebanyak 25 biji roti.


Doh roti yang sudah dioleskan dengan majerin


5. Rehatkan doh untuk beberapa jam. Selepas doh sudah di rehatkan untuk beberapa jam, boleh lah kita menebar doh tersebut. Tangan anda perlulah di sapukan minyak terlebih dahulu supaya senang untuk kita menebar roti itu.

6. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam menebar roti canai, di sini Qila sertakan link bagi memudahkan proses untuk belajar https://www.youtube.com/watch?v=ov030tXumR4


Doh yang sudah siap di tebar
7. Selepas doh siap di tebar, panaskan kuali leper (Qila gunakan non stick pan)
renjiskan minyak masak untuk menggoreng.


Roti canai yang sedang di goreng
8. Siap untuk di hidangkan bersama kuah kacang dhal, kari atau sambal.
Selamat mencuba 😁

Roti canai siap di goreng 



No comments:

Post a Comment