Sunday, July 15, 2018

Nak Deco Kek Tapi Tak Tahu Cara Buat Buttercream ? Jom Ikuti Resepi Ini.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Koleksi resepi buttercream untuk kek

Hai Assalamualaikum,
Siapa di sini ada masalah macam ini ? Dah belajar buat kek tapi, tak tau buat krim untuk
deko kek itu ? 😌 Percaya lah, Qila pun sama macam korang juga 😂
Nak tanya orang, malu. Nak Google takut resepinya tipu 😓

Tetapi, dengan berkat usaha Qila alhamdulilah banyak juga bakers yang memberi tips
dan resepi untuk buttercream. Resepi ini sesuai untuk mendeko ya kalau untuk buat
bunga itu sahaja resepi nya ada berlainan sedikit. Jadi, bagi sis yang baru belajar berjinak-jinak dengan pembuatan kek itu boleh cuba resepi ini ya. Moga perkongsian ini bermanfaat, supaya dapat membantu korang untuk terus pupuk minat dalam pembuatan kek dari air tangan sendiri.


Kek perkahwinan menggunakan buttercream
Cantik tak kek Qila ?

Resepi Buttercream 1


250 gm krimwell
20 gm shortening (lemak sayuran)
½ sudu teh esen vanilla
60 gm gula icing (wajib ayak dulu agar gula tidak berketul-ketul)

Cara-cara :

1. Satukan krimwell dan shortening, putarkan sehingga putih gebu.
2. Masukkan esen vanilla kemudian gula icing yang sudah diayak dan gaulkan sebati.

Resepi Buttercream 2

350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm gula icing (ayak)
1 sudu teh perisa tutti frutti atau esen nenas

Cara-cara :

1. Satukan krimwell dan shortening, putarkan sehingga putih gebu.
2. Masukkan esen tutti frutti atau esen nenas kemudian gula icing yang sudah diayak dan gaulkan sebati

Resepi Buttercream 3 

500 gm krimwell
250 gm gula icing (
½ cawan air ais batu (dicampur bersama)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1. Putarkan krimwell sehingga gebu, masukkan air ais batu dan putarkan lagi.
2. Masukkan esen vanilla kemudian disertai dengan gula icing, gaulakn sebati.

Resepi Buttercream 4

500 gm krimwell
500 gm shortening
250 gm gula icing (ayak)
1 sudu teh butter oil

Cara-cara :

1. Putarkan krimwell dan shortening sehinga putih gebu.
2. Masukkan butter oil (boleh didapati di kedai bakeri untuk memberi rasa butter dalam adunan)
beserta gula icing dan gaulkan sebati.

Resepi Buttercream 5

250 gm butter
500 gm krimwell
250 gm golden syrup

Cara-cara :

1. Pukul butter sehingga putih gebu. Masukkan krimwell dan putarkan lagi.
2. Selepas adunan putih gebu, masukkan golden syrup dan putarkan selama 5 minit.

Resepi Buttercream 6

200 gm butter
400 gm krimwell
120 gm gula icing (ayak)

Cara-cara :

1. Putarkan butter bersama gula icing sehingga putih gebu.
2. Masukkan krimwell dan putarkan sebati.

Resepi Buttercream 7 

110 gm butter
230 gm gula icing (ayak)
2 sudu makan susu segar
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1. Putarkan butter bersama gula icing sehingga menjadi gebu.
2. Masukkan susu dan pukul adunan sehingga kental, tambahkan esen vanilla dan gaulkan sebati.

Ini lah rupa kek kahwin Qila buat
dengan menggunakan resepi buttercream 1
Resepi Buttercream Untuk Cupcake

250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing (ayak)
200 gm golden syrup

Cara-cara :

1. Satukan butter bersama gula icing dan putarkan sehingga putih gebu.
2. Masukkan krimwell dan putarkan sehingga kembang.
3. Dah licin adunan, masukkan golden syrup dan putarkan sehingga menjadi creamy
pada kelajuan tinggi.


Cupcake coklat moist Qila hasilkan guna resepi
ini bersama edible image tema Hello Kitty

Selamat mencuba !

Buttercream ini kebanyakkannya tahan pada cuaca panas.
Alhamdulilah semasa Qila menggunakan resepi ini buttercream tidak mencair, untuk pewarna 
digalakkan menggunakan jenis oil based untuk mengelakkan pewarna dan cream terpisah semasa "berpeluh".

Kek yang sudah siap di lepa seeloknya dibiarkan dalam peti sejuk (chiller) semalaman.
Semoga bermanfaat perkongsian ini 😍

No comments:

Post a Comment