Sunday, July 22, 2018

Pasta La Vista Baby !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Jom kita berpasta-pasta 😎

Hi Assalamulaikum, asal malam sahaja perut berdondang sayang 😅
Jom kita masak menu paling simple, mudah dan cepat di makan 😘


Spicy Spiral Ala Thai

Bahan-bahan : 

1 biji bawang holland
5 biji bawang putih
3 sudu makan sos tiram
5 renjis sos Maggi seasoning
2 sudu makan serbuk lada sulah
Cili padi ( ikut kepedasan kita )
Cendawan shitake
Tomato dipotong dadu
Lobak merah dipotong dadu
Sedikit air jika perlu
Sedikit serbuk perasa Maggi cukup rasa
Udang atau fishcake ( ikut kesukaan anda )
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :

1. Bahan-bahan seperti bawang, fishcake dan cili padi di hiriskan dahulu.

Bahan-bahan Qila siap hiriskan
Bawang putih dan holland di blend kasar
2. Cendawan shitake di rendam air panad terlebih dahulu barulah dihiris halus.
Qila tak letak Maggi seasoning sebab tiada stok di rumah 😂

Cendawan shitake, sos tiram dan serbuk lada sulah
3. Pasta yang hendak di pakai rebuskan dengan air berserta sedikit garam.
Sudah lembut, tos kan pasta itu.

Pasta siap di rebus
4. Panaskan kuali non stick masukkan minyak masak untuk menumis.
Tumiskan bawang putih dan holland sehingga wangi kemudian masukkan lobak merah beserta fishcake. Waktu ini juga boleh masukkan cili padi, tetapi Qila masukkan terakhir sebab suka makan pedas-pedas 😆
Tumiskan bahan-bahan
5. Masukkan sos tiram beserta cendawan shitake yang sudah dihiris tadi.
Masukkan sedikit air jika perlu.

Sos tiram dan cendawan shitake,
Maggi seasoning tiada 😌
6. Selepas sebati, masukkan pasta yang telah siap di toskan. Qila masukkan cili padi terakhir sebab nak pedas yang memukau 😁

Masukkan pasta siap direbus dan tos ke dalam kuali
7. Letakkan 2 sudu makan serbuk lada sulah, sedikit serbuk perasa Maggi cukup rasa dan gaulkan sebati. Siap untuk dihidangkan.
Serbuk lada sulah serta serbuk perasa secukupnya
Selamat menjamu selera lagi 😅





No comments:

Post a Comment