Tuesday, July 31, 2018

6 Tips Untuk Bakar Kek Yang Cantik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Nak tahu asas kek dulu tak ?

Hi Assalamulaikum, kali ini nak kongsikan bersama teknik asas dalam pembuatan kek.
6 tips yang dapat membantu kurangkan masalah dalam pembakaran kek. Semoga bermanfaat 😄


1. Penggunaan Telur

Biasanya penggunaan butter atau mentega mesti berada dalam suhu bilik sebelum membuat kek.
Selain dari butter atau mentega, telur yang hendak digunakan perlu berada dalam suhu bilik.
Elakkan guna telur yang dari peti sejuk untuk membuat kek, ditakuti adunan kek akan jadi tidak sebati.


2. Sukatan Tepung

Cara yang betul menyukat tepung menggunakan sudu metrik.
Jika terus scoop ke dalam tepung, sukatan tepung akan jadi berlebihan dari resepi asal.



3. Penyediaan Loyang

Ada tak yang suka ratakan majerin di loyang pakai jari ? 😝
Sebaiknya gunakan berus pastry untuk sapu loyang supaya sebati, tidak ada permukaan yang tertinggal. Selepas kek siap di bakar ia akan jadi lebih mudah dan senang untuk dikeluarkan dari loyang. Qila lebih sukakan guna bahan ini untuk sapu keliling loyang berbanding majerin.

Bahan-bahan :

1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan shortening (lemak sayuran)
1 sudu makan tepung gandum

Cara-cara : 

Gaulkan semua bahan sebati dan simpankan ke dalam bekas kedap udara. 
Simpan di dalam chiller.


4. Teknik Bakar

Bakar kek atau cupcake pada rak tengah dalam oven. Kalau tidak muat untuk di bakar lebih dari 1 loyang, jangan masukkan sekali. Kek akan tidak masak secara sekata.

5. Kedudukan Loyang

Ubahkan kedudukan loyang dari depan ke belakang untuk pembakaran yang sempurna bagi pembakaran 2 loyang serentak. Jika bakar 1 loyang sahaja tak perlu ubah kedudukan.



6. Sejukkan Kek

Sejukkan kek yang siap di bakar ke atas redai. Jangan biarkan kek terlalu lama di dalam loyang selepas bakar. Kek akan menjadi mendap. Bila kek sudah renggang dari loyang, terbalikkan loyang dan sejukkan kek.


No comments:

Post a Comment