Monday, October 15, 2018

Beza Tepung Cookies Dan Tepung Gandum.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tepung red rose tu yang ada lambang bunga ros tu kan ?

Pernah tak jadi macam ni ? Rasa keliru dengan tepung red rose dan tepung gandum cap rose ?
Sebenarnya, kedua jenis tepung ni masih lagi dalam kategori tepung gandum.

TEPUNG RED ROSE

 
  • Tepung khas untuk biskut.
  • Ada campuran tepung jagung, tekstur lebih ringan dan halus berbanding tepung gandum.
  • Ada yang label sebagai tepung cookies, tepung red rose atau tepung biskut.
  • Biskut yang gunakan tepung ni lebih rangup dan ringan.
  • Biasanya di jual di kedai bakeri dan harganya agak tinggi sedikit berbanding kos tepung gandum biasa.
  • Boleh ditambahkan dengan tepung perangup yang lain dengan nisbah 3:1 iaitu lebikan tepung cookies ni dari tepung perangup. ( Bergantung pada permintaan resepi ya)
  • Sesuai untuk produk pastri dan pembuatan biskut.
TEPUNG GANDUM CAP ROSE



  • Tepung gandum biasa (multipurpose)
  • Perlu ditambah dengan bahan-bahan perangup lain seperti tepung ubi, tepung jagung, kastard dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian resepi.
  • Senang dicari di supermarket.
  • Harga lebih murah berbanding tepung red rose, bergantung pada jenama dan kualiti tepung gandum tu.
  • Boleh digunakan dalam pembuatan kek, biskut dan kuih-muih.
  • Perlu diayak 2 atau 3 kali jika ditambahkan dengan serbuk penaik.
Semoga Bermanfaat.


No comments:

Post a Comment