Thursday, June 7, 2018

FREE ! Resepi Semperit Cheese

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sape nak resepi FREE ???

Hi Assalamualaikum. Suka tak kalau dapat resepi PERCUMA 😂
Seperti yang kita janjikan semalam nak kasi resepi Semperit Cheese kan ?
Bahan-bahan mudah di cari dan masa yang di ambil untuk buat kuih ini pun tidak begitu panjang.
Tu yang paling best kan ? Cepat buat cepat siap 😎

Kebetulan cheese pun banyak di rumah jadi kita jangan membazir, buat je kuih tak gitu ?
Bau nya sangat harum masa membakar.

Semperit Cheese

Bahan-bahan :

260 gm butter
110 gm gula icing ( wajib ayak permukaan nya berketul-ketul )
1 biji kuning telur
160 gm tepung kastard
40 gm tepung jagung
240 gm tepung cookies ( Red Rose ada di jual di kedai bakery BUKAN tepung gandum cap ros )
1 teaspoon vanilla esen / esen cheese *Qila tambah

Hiasan :

Parutan keju cheddar

Cara-cara : 

1. Pukul butter dengan gula icing yang sudah di ayak menggunakan senduk kayu.
Tak perlu guna mixer sebab kita tak nak over beat nanti.
Butter dan gula icing

2. Dah sebati masukkan kuning telur, jika tidak mahu gunakan kuning telur boleh di gantikan dengan beberapa titik pewarna kuning.

3. Bahan-bahan kering ( tepung ) mesti di ayak dulu, satukan dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit untuk kita menguli menjadi 1 bentuk doh.
Timbang dan ayak bersama sukatan tepung

4. Doh yang dah siap di uli jangan biarkan permukaan nya terdedah nanti doh akan menjadi kering
susah untuk kita picit pada acuan. Cara Qila, Qila suka letakkan tuala lembap  untuk tutup permukaan mangkuk ada doh itu.

5. Tips jika adunan susah di tekan pada acuan ramas-ramaskan butter pada doh itu. Jika terlalu lembik adunan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan kita cari ialah tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Doh yang siap di uli

6. Dah siap tekan adunan semperit, parutkan cheese di atas semperit itu. Masa nak taburkan atas doh biskut baru parutkan baru kita dapat hirisan keju yang cantik.
Parutan cheese
7. Bakar pada suhu 150°C - 160°C selama 20 minit - 25 minit.

Siap

No comments:

Post a Comment