Saturday, June 30, 2018

Kek Anda Bermasalah ? Jom Ikuti Petua-petua Ini

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Petua-petua yang bermanfaat 😁

Hi Assalamualaikum, tadi Qila ada terbaca beberapa petua yang di share dari blog
kakak Norlizasarno. Qila kongsi semula di sini, mengikut kepada masalah-masalah yang sering kita hadapi semasa baking.


1.Kek Melekat Di Sekeliling Loyang


Siapa di sini jika buat kek pasti hadapi masalah ini ?



Terutama nya semasa membuat cheese kek, katakan anda terlupa nak keluarkan kek dari loyang dalam keadan suam-suam dan biarkan ianya membeku di mana ketika hendak keluarkan kek akan terkopak comot di tepi bahagian loyang. 

Cara mengatasi : Panaskan pisau pemotong di atas api sebentar dan lalukan pisau di tepi-tepi permukaan loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek. Samada cheese kek atau pun kek biasa, boleh lah cubakan kaedah ini melainkan loyang yang anda gunakan jenis non-stick 😊

2. Cara Bahagikan Kek Pada Dua Bahagian Atau Lebih Tanpa Menggunakan Pisau 😎

Nak potong kek tapi tak ada pisau yang bersesuaian untuk potong ?
Boleh cuba kaedah ini.

Cara Mengatasi : Gunakan benang atau tali tangsi (di basuh dulu, lap dan keringkan).
Sebagai panduan, ukur tahap ketebalan mana yang kita hendak potongkan dan tandakan bahagian tersebut menggunakan pengcungkil gigi di keliling kek. Pegang benang menggunakan kedua belah tangan, tegangkan sedikit dan mulakan memotong pada bahagian kita kehendaki. Kedua tangan
harus bergerak sama untuk dapatkan potongan yang licin dan tidak senget.

3.Cara Menghasilkan Kek Yang Cantik Dan Gebu

Ini step paling penting dalam pembuatan kek kecuali, kek marble. Jika hentak kek yang bercorak marble selepas setiap layer sudah di lapiskan, layer marble tu akan lari ya ?

Cara Mengatasi : Selepas siap adunan kek di masukkan ke dalam loyang, biasakan diri untukhentakkan loyang secara manja sebanyak 3 kali bagi mengeluarkan sisa-sisa angin atau bubble yang berada di dalam adunan kek itu tadi.

4. Permukaan Kek Merekah Di Tengah, Kek Mendap Selepas Di Bakar.

Ini masalah yang selalu berlaku kepada semua bakers yang baru belajar teknik membakar kek.

Cara Mengatasi : Di sini, pengawalan suhu paling penting. Sebab itu Qila pernah utarakan isu sebelum ini untuk kenali oven anda. Pengawalan suhu yang tinggi dalam pembakaran kek, adalah penyebab utama punca kek merekah. Jadikan suhu di dalam resepi sebagai panduan di mana setiap oven mempunyai tahap kepanasan yang berbeza. Bagi kek yang mendap selepas pembakaran, kebiasaan nya waktu pembakaran belum cukup untuk memasak kek atau pun terlalu banyak cecair yang di gunakan dalam proses mengadun kek. Pastikan anda mengikut sukatan yang telah diberi untuk mengelakkan masalah ini. Untuk memastikan kek anda sudah cukup masak, cucukkan lidi di kek jika permukaan lidi itu setelah dikeluarkan dalam keadaan bersih bermaksud kek anda telah masak sepenuhnya. Jika masih ada baki sisa kek yang tertinggal di lidi itu, kek itu belum masak dengan sempurna.

Semoga Bermanfaat. Happy Baking 😘




No comments:

Post a Comment