بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Susah lah buat roti ini, selalu tak jadi je ! 😓
Hi Assalamulaikum,
Kali ini Qila mahu kongsikan tips meroti bagi mereka yang baru ingin belajar
cara pembuatan nya. Semoga ilmu yang Qila pelajari ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.
![]() |
Tips Meroti |
Sebenarnya membuat roti ini tidak lah susah seperti yang kita sangka kan.
Adanya teknik dan kaedah asas yang kita kuasai, pembuatan roti akan jadi lebih senang dan mudah.
1. Bahan-bahan asas dalam pembuatan roti
- Yis
- Tepung Roti
- Tepung Serbaguna
- Serbuk Penaik
- Bread Improver
- Bread Softener
- Dan bahan-bahan tambahan dalam adunan mengikut resepi
2. Mencampur bahan-bahan yang di perlukan boleh menggunakan tangan atau terus di masukkan ke dalam mangkuk adunan mixer.
3. Satukan bahan-bahan kering dulu untuk di gaul dengan rata sebelum kita masukkan bahan cecair seperti air, telur.
4. Uli sehingga menjadi 1 bulatan doh yang besar. Jika uli menggunakan tangan pindahkan doh ke dalam dulang dan doh mesti di uli sehingga elastik. Jika menggunakan mesin, tidak perlu pindah kan doh, teruskan menguli dalam mangkuk adunan.
5. Adunan yang mengandungi yis hendaklah di uli untuk menghasilkan gluten bagi memberi kekenyalan pada roti. Menguli lebih lama akan menghasilkan permukaan doh yang lebih licin, kenyal
dah juga membantu mengaktifkan yis.
6. Kaedah ini boleh dilakukan menggunakan tangan atau mesin. Jika menguli dengan tangan masa yang diambil agak panjang bagi menghasilkan doh yang elastik berbanding menguli menggunakan mixer.
7. Adunan yang telah di siap uli hendaklah di rehatkan di tempat yang mempunyai suhu haba yang
panas supaya kita dapat mengembangkan doh. Tutupkan doh yang sudah di bulat-bulatkan dengan plastik supaya doh tidak kering. Biarkan doh naik 2 atau 3 kali ganda dari saiz yang asal. Biasanya mengambil masa dalam 45 minit bergantung pada suhu dan tahap keaktifan yis.
8. Setelah doh mengembang untuk pertama kali, kita akan menguli bagi mengeluarkan gelembung angin dengan cara menumbuk-numbukkan doh ini kemudian uli semula mengikut bentuk asal atau mengikut kreativiti anda.
9. Biarkan doh individual itu mengembang untuk kali kedua. Setelah dibentuk susun dalam loyang pembakar dan rehatkan dalam 20 minit bagi doh mengembang.
10. Doh yang sudah mengembang kali kedua boleh di sapu dengan campuran susu dan telur ataupun
mentega cair. Boleh di hiaskan dengan parutan keju atau bijan atau mengikut kreativiti anda.
11. Roti yang telah di griskan boleh lah di bakar pada suhu yang agak tinggi iaitu 200 ⁰C
selama 20 minit atau masa yang diperlukan bergantung pada jenis-jenis roti yang diadun.
12. Setelah roti sejuk, simpankan ke dalam plastik atau bekas kedap udara bagi mengekalkan
kelembutan roti. Jika terdedah, roti akan cepat kering.
Semoga bermanfaat 🙋
No comments:
Post a Comment