Monday, August 27, 2018

Nasi Goreng Cili Kering Berapi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pedasssss.....Terangkat !

Hai Assalamulaikum, macam mana dengan sambutan Aidiladha ? Meriah tak ?
Dengan cuaca yang mendung dan hujan di Johor Bahru ini, apa kata kita pekena 
Nasi Goreng Cili Kering seperti masakan mak-mak kita zaman dulu 😏

Sedap tau resepi zaman dulu ini, bahan sangat mudah dan cepat di siapkan.


Nasi Goreng Cili Kering


Bahan-bahan :

2 mangkuk nasi putih
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 genggam cili kering (direndam dengan air panas)
1/2 genggam ikan bilis (direndam sekejap untuk lembutkan)
1 biji telur 
Sedikit belacan
Minyak masak untuk menggoreng
Serbuk perasa secukupnya
Boleh tambahkan sayur jika mahu

Cara-cara :

1. Rendam kan cili kering bersama air panas.
2. Ikan bilis direndamkan sebentar bersama air untuk lembutkan (senang untuk ditumbuk nanti)


3. Masukkan bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering beserta ikan bilis yang sudah ditoskan
airnya ke dalam lesung batu.


4. Tumbukkan bahan-bahan secara kasar, tak perlu sehingga lumat.


5. Panaskan kuali non stick dan masukkan minyak masak berserta bahan yang ditumbuk tadi.
Tumis sehingga naik bau.


6. Pecahkan sebiji telur, biarkan sehingga masak sedikit kemudian kocakkan bersama bahan tumisan.


7. Setelah telur dan bahan tumis sebati, masukkan nasi putih ke dalam kuali.


8. Gaulkan sekata dan masukkan serbuk perasa secukupnya.

Sedia untuk dihidangkan.
Hiaskan dengan bawang goreng atau daun sup.

No comments:

Post a Comment