بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Jom kenal jenis gula dan kegunaannya.
Hai, assalamualaikum.Kali ni Qila nak kongsikan tips yang sangat berguna untuk newbie yang baru berjinak dalm bidang baking ni. Perasan tak dalam supermarket banyak jenis gula ?
Nak tahu tak apa beza gula tu dan kegunaannya ?
Hari ni kita belajar 4 jenis gula dan kegunaanya. Nanti kita sambung lagi tentang gula ni.
Kita ambil contoh dengan jenama gula yang biasa kita nampak dalam supermarket.
![]() |
Gula Kasar |
⤻ Siapa yang tak kenal jenis gula ni ? Bila korang teringat nak minum kopi mesti gula ni ah yang korang cari untul bancuh. Gula ni paling senang didapati kat seluruh pasaraya. Warnanya putih dan teksturnya agar kasar. Selain dari bancuh kopi, gula ni juga kita guna untuk buat karamel bagi kek gula hangus, dan juga pudding 😍
![]() |
Gula Kastor |
⤻ Warnanya masih lagi berwarna putih.Gula ni paling sesuai digunaka dalam pembuatan kek, biskut, pastri, roti dan banyak lagi kalau taip semua sampai esok tak habis 😁 Teskturnya yang halus senang disebatikan dalam adunan antara mentega dan gula atau telur dan gula.
![]() |
Gula Halus |
⤻ Sama seperti gula kastor, tekstur yang halus dan mudah disebatikan dengan adunan mentega dan gula atau telur dan gula. Ni kategori adik-beradik dengan gula kastor. Sesuai dalam kek dan biskut.
Jika tak ada stok untuk gula kastor boleh beli gula halus ini ya ?
![]() |
Gula Aising |
⤻ Gula yang paling halus teksturnya seperti bedak. Bukan 100⁒ gula kerana ada sedikit campuran tepung jagung. Jarang sekali digunakan dalam pembuatan kek tetapi biasanya kita gunakan dalam buat krim kek atau gumpaste dan juga fondant bagi dapatkan tesktur halus. Senang untuk dipicit bagi keluarkan krim dari piping bag. Krim fancy cookies pun gunakan jenis gula ni dan juga dalam pembuatan biskut. Taklah kita takut over mix, biskut kalau terlebih adun kembang nanti masa bakar mesti hasilnya tak cantik.
Semoga Bermanfaat 😘
No comments:
Post a Comment