بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Guna gula perang kee gula melaka ? Aduh pening !
Hai Assalamualaikum, okay kali ni kita kongsikan topik menarik untuk kenal 2 jenis gula dan kegunaannya. Warna kedua-dua gula ni hampir sama, tapi tahu tak gula jenis ni untuk buat resepi apa ?
Jom kita belajar.
Gula Perang.
⤻ Gula jenis ni ada dua jenis iaitu Light Brown atau Dark Brown. Biasanya warna gula yang gelap mempunyai rasa gula perang yang kuat. Resepi yang sesuai untuk gunakan gula perang ni biasanya dalam biskut coklat cip, kek buah-buahan, biskut halia atau mana-mana jenis respi yang perlukan rasa gula yang lebih kuat.
![]() |
Brown Sugar |
Gula Melaka / Gula Kabung / Gula Merah
⤻ 3 jenis gula ini biasanya digunakan untuk buat kuih-muih contoh seperti kuih kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan macam-macam jenis lagi. Kalau taip semua sampai ke esok tak habis 😝 Gula merah biasanya tekstur berbentuk macam pasir. Dah larutkan ke dalam air panas, tapis untuk buang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras sedikit dan perlukan pisau untuk dipotong. Dua jenis gula ni rasanya lagi sedap dari gula merah. Gula melakalah yang selalu kita gunakan untuk buat inti kuih onde-onde.
\
No comments:
Post a Comment