Monday, October 15, 2018

Mentega VS Majerin VS Lepa Susu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nak pakai yang mana satu ek ? Elok ke buat kek atau biskut ni ?

Hai Assalamualaikum, kali ni kita kongsikan topik paling hangat tiap kali nak buat kek atau biskut atau pastry. Selalu kita akan tanya kak, pakai buttercup boleh ? Kak pakai majerin boleh ?

Jom kita ambil tahu apa perbezaan ketiga-tiga bahan ni. Yang dah arif baking tu mesti dah tahu dah hal ni. Tapi bagi sis yang baru mula nak belajar jom kita belajar ilmu ni.

MENTEGA

Kenal tak dengan jenama-jenama ini ?

Jenis-jenis Mentega.
  • Diperbuat dari lemak susu haiwan dan diproses dengan bahan tambahan lain seperti air, garam, dan susu.
  • Bau yang wangi dan sedap.
  • Warna mentega kuning pucat dan mudah melelh (mencair) jika berada dalam keadaan suhu bilik.
  • Bila terlalu lembik mentega, masa buat biskut nanti akan jadi masalah tau ? Gunakan mentega yang separa lembut je untuk dapatkan hasil yang cantik.
  • Biasanya dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan paling mudah kita jumpa kat supermarket.
MAJERIN

Dari kecil sampai besar mesti kita biasa tengok kan jenama ni ?
Inilah kategori majerin.
Jenama-jenama Majerin
  • Majerin diperbuat dari lemak sayuran dan dicampur dengan bahan-bahan lain.
  • Tekstur lebih padat dan keras. Tidak mudah mencair di suhu bilik.
  • Warna kuning yang terang. Jika kita cairkan majerin gunakan teknik double boiler, majerin yang dicairkan berubah jadi minyak yang berwarna kuning tua dan ada sikit mendapan.
  • Majerin mudah lembik jika dikacau semasa buat adunan kek atau biskut.
  • Biasanya majerin selalu digunkan dalam masakan untuk menumis, campuran dalam minyak untuk menggoreng bagi dapatkan hasil yang rangup dan juga dalam pembuatan sos.
  • Sesuai untuk digunakan dalam pembuatan kuih-muih tradisional.

LEPA SUSU 

Siapa yang tak kenal buttercup ? Semua sukakan BUTTERCUP.
Okay ni contoh-contoh untuk lepa susu.




Jenis-jenis Lepa Susu
  • Gabungan antara majerin dan butter tapi diperkayakan lagi dari segi rasanya.
  • Pengganti yang lebih murah kosnya berbanding mentega.
  • Peratusan lemak tepu (milk fat) kurang jika dibandingkan dengan mentega. Kan mentega semuanya dari lemak haiwan.
  • Biasanya digunakan untuk sapuan roti. Sedap dan wangi tau.
Jelaskan ? Jadinya dalam pembuatan kek atau biskut kebanyakkan guna mentega atau lepa susu.
Majerin agak kurang digunakan.

No comments:

Post a Comment