Sunday, October 28, 2018

Resepi Kek Asas


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Jom buat kek di hujung minggu 😍

Hai assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa kata petang ni kalau mummies bancuh kek untuk keluarga tersayang ? Anak-anak mesti suka dapat makan kek dari air tangan ibu mereka.

1 resepi asas kek yang kita boleh pelbagaikan warna dan perisa. Amacam ? Terbaik tak ? 😆
Hari-hari nak makan kek pun tak apa sebab mummies dah expert dah buat kek untuk anak-anak tersayang.

Yang ni kita buat kek chocolate rice. Teringat kenangan masa zaman budak sekolah. Mama selalu buatkan kek chocolate rice ni, siap je bakar mesti berebut nak makan. Betul, tiada masakan yang lebih indah dari masakan air tangan ibu sendiri.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek ni. Yang baru pertama kali belajar pun insyallah boleh buat kek sendiri dengan syarat : Jangan derhaka resepi 😄

Kek Chocolate Rice

Gebukan kek ni.
Bahan-bahan :

1 cawan gula kastor
1 sudu makan ovalete
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur

Bahan A
Satukan gula, ovalete dan masukkan telur 1 per 1 putar sebati.
Masukkan esen vanilla sekali.

Putar hingga kembang jadi macam ni.
Kalau nak pelbagaikan perisa atau pewarna masukkan masa ni.

Bahan B :

1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action

Ni rupa baking powder double action.

Ayak bersama jadi macam ni.
Bahan C :

½ cawan susu cair

Bahan D :

½ cawan minyak masak

Bahan E :

½ cawan chocolate rice
Adunan A yang dah kembang masukkan tepung sikit demi sikit.
Gunakan spatula untuk kaup balik lebihan tepung.

Masukkan susu berselang seli dengan tepung sambil putar sebati.

Masukkan miyak boleh kaup balik rata atau putarkan sekejap.

Adunan yang siap dikaup balik nampak tak gebunya adunan tu ?

Masukkan chocolate rice.

Kaup balik sebati
Resepi ini sesuai untuk loyang 8 inci. Kalau mahu gunakan loyang 7 inci bahagikan kepada dua aduanan. Jangan isi penuh-penuh nanti membuak masa pembakaran kek tu. 😅

Sediakan loyang siap gris, pre heat oven dalam 10 minit.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang.
Siap untuk dibakar.

Suhu ikut kesesuain oven masing-masing. Yang ni kita gunakan suhu 150°C selama 45 minit atau sehingga masak. 

Semoga Bermanfaat.







No comments:

Post a Comment