بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Rasa frust bila kek susah nak keluarkan dari loyang.😔
Hai assalamualaikum, 3 bahan rahsia untuk kek mudah keluarkan dari loyang.
Haa, best tak kalau kita dapat keluarkan kek tanpa cacat cela ?
Tak lah sakit hati bila tengok kek rongak masa nak keluarkan dari loyang.
Ada yang gunakan teknik sapu shortening di loyang,
Ada yang sapukan majerin jer, atau pun kombinasi sapu majerin dan taburkan sedikit tepung gandum.
Bagi Qila ni cara paling efektif, hanya hentak satu kali selepas di bakar terus kek dapat keluar dengan mudah.
Bahan-bahan :
![]() |
1 sudu makan tepung gandum. |
![]() |
1 sudu makan shortening. |
![]() |
1 sudu makan minyak masak. |
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan-bahan tadi. Dia akan jadi pes macam ni, sukatan membukit pun tak apa.
Senang untuk kita guna untuk masa akan datang. Simpan dalam bekas kedap udara boleh letak pada suhu bilik sahaja. Sapukan pada loyang sebelum kita masukkan adunan kek.
![]() |
Sedia digunakam. |
Semoga Bermanfaat.
No comments:
Post a Comment