Monday, November 19, 2018

Chicken Floss Homemade 😍

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jom buat sendiri chicken floss 😆

Hai assalamualaikum, kali ni kita nak kongsikan resepi chicken floss homemade yang dapat membantu sis atau mummies di luar sana untuk berjimat ler. 😎

Chicken Floss
Bahan-bahan :

600 gm isi ayam ( sebaiknya pilih bahagian dada kurang tulang dan banyak isi)
(dalam ni 3 keping dada ayam pun dah lebih dari 600gm)
2 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan sos tiram
3 biji bawang putih (dihiriskan)
3 hiris halia sebesar ibu jari
2 sudu makan garam
½ sudu teh serbuk perasa Maggi cukup rasa
4 sudu makan gula
3 sudu besar serbuk cili

Bahan untuk masuk ke dalam breadmaker

½ cawan ditambahkan lagi dengan 3 sudu makan gula
½ cawan air kukusan sup ayam
Sedikit serbuk cili

Cara-cara :


Kukus isi ayam tanpa air.
1 Disebabkan arahan gambar pada resepi kurang jelas ramai yang buat kukus ayam macam tu jer.
Jadi bila korang nak buat tu bahan atas tadi tu bahan untuk korang kukus bersama-sama ayam ni.
Tak letak dulu pun tak apa tapi bau tu tak lah seharum kita perap.

Jus dari ayam.
2. Bila kita kukus tanpa masuk air, ayam akan keluarkan jus sup itu sendiri. Jangan buang ya kita mahu pakai nanti. Pastikan ayam betul-betul masak dan toskan ayam tu.

Isi ayam dicarikkan.
3. Ayam yang dah empuk tu korang boleh gunakan mixer untuk haluskan tekstur nya. Kita carikkan guna jari jer sebab mixer dah rosak.

Masukkan bahan lain.
4. Masukkan bahan B ke dalam breadmaker untuk kita masakkan bersama. Dalam gambar ni disebabkan kita kukus tanpa perapan ayam tu jadi kita terus masukkan semua bahan sekali.

Proses chicken floss.
5. Untuk breadmaker jenama Russel Taylor, korang tekan program nombor 13 under menu jam.Masa diambil selama 1 jam 20 minit. Sekali sekala pantau tengok chicken floss korang tu macam mana yer.

Chicken floss homemade.
6. Untuk chicken floss ni betul-betul kering, buat program 13 tu sebanyak 2 kali.
Ni lah hasilnya. Selamat mencuba. 😊

No comments:

Post a Comment