Monday, May 28, 2018

Biskut Raya Sarang Semut

Hai Assalamualaikum 😁

Sedar tak sedar sekejap je sudah 12 Ramadhan berlalu..

Tak lama lagi dah busy dah berperang kat dapur buat kuih kan..
Apa biskut raya paling korang suka ?
Kalau Qila, my favourite of course SEMPERIT 😍😍..

Okay, berbalik kat kuih..
Memandangkn kita berpuasa korang pun tak dapat nak agak kan sukatan bahan-bahan..
Kalau mak-mak kita dulu tak ada pun bersukat..
Campak-campak je bahan-bahan secukup rasa..
Itu la power nya air tangan mak kan 😢 Masak apa pun sedap je rasa..

Hari ini kita kongsi kan resepi biskut Sarang Semut.
Mesti ada di antara korang dah professional kan biskut evergreen ini 😏
Tapi, tak apa nak share juga sebab time puasa tak boleh rasa biskut nanti tawar tak syiok pula kan hee..



Biskut Sarang Semut
Okay, resepi ini Qila ambil dari Dapur.com https://daridapur.com/resepi-biskut-sarang-semut-resepi-biskut-raya-2016/

Bahan-bahan :

250 gm Buttercup @ Planta (Qila lebih sukakan Planta so Qila guna Planta)

100 gm gula icing

350 gm tepung gandum (apa-apa jenama pun boleh)

100 gm tepung kastard

100 gm tepung jagung

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanilla

Hiasan : 

Papercup
Chocolate Rice

Cara-cara :

1.Pukul Buttercup @ Planta bersama gula icing dan kuning telur.
Jangan lupa untuk ayak kan gula icing itu dulu.Pukul sekadar sebati, sebab nya jika korang guna mixer takut overbeat mentega itu so barang kali nya doh korang akan jadi kembang. Sesetengah biskut macam itu tau hanya pukul pakai senduk jika guna mixer kebanyakkan nya semasa korang bakar nanti dia akan jadi kembang or susah nak di terap keluar.

2. Satukan bahan kering, timbang semua than ayak kan bersama. So bila korang punya mentega dah sebati dengan gula, baru lah masukkan adunan  tepung itu sikit demi sikit sampai boleh bentuk menjadi 1 doh.

3. Bila dah bentukkan jadi doh, jangan biarkan doh terdedah di luar, tutupkan doh dengan tuala lembap suapaya doh tak mudah kering. So ambil la dalam 1 bulatan kecil itu, ambil alat sagat dan sagat kan.

4. Dah siap sagat semua, letakkan dalam papercup dan taburkan hiasan chocolate rice. Buat untuk family mestilah letak chocolate rice membukit kan.

5. Bakar pada suhu 160° C - 170° C dalam anggaran masa 20 minit atau sehingga masak.
Sebelum bakar kuih jangan lupa preheat oven kesayangan korang itu tau

No comments:

Post a Comment