Monday, May 28, 2018

Tauhu Telur Goreng

Hai Assalamualaikum semua,

Dah petang-petang macam ini kita cari menu mudah yang senang di masak untuk di jadikan sebagai
menu pembuka selera berbuka puasa nanti ya ?
Bahan-bahan yang kita nak gunakan mudah di cari dan boleh di beli untuk simpanan stok akan datang.

Siapa yang suka makan tauhu ?

Kali ini Qila ada resepi tauhu yang cukup sedap, penuh dengan flavour 😋
Tapi bergantung juga kepada tahap kerajinan korang nak memasak itu ye ? 😆

Sajian Snek Pembuka Selera

Resepi ini oleh Chef Hanieliza, tapi Qila ubah sedikit cara pembuatan tauhu ini kerana Qila dapati 
jika adunan tauhu itu menjadi lembik, susah untuk di bentuk-bentuk kan.

Bahan-bahan :

Bahan A

4 keping tauhu lembut (Dihancurkan)

1 biji kentang saiz besar (Direbus dan dihancurkan)

200 gm udang (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 biji cili merah (Dihiris halus, buang biji)
2 pokok daun bawang (Dicincang halus)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan B

2 biji telur (Dipukul)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.

2. Jika adunan terlalu cair, kukuskn sekejap. Masa suam-suam itu boleh lah di bentukkan mengikut citarasa masing-masing sama ada bentuk bulat atau bentuk nya bulat yang dileperkan seperti begedil.

3. Panaskan minyak di dalam kuali.

4. Celupkan adunan ke dalam telur dan gorengkan dengan api yang kecil sehingga masak.

5. Angkat dan terus boleh terus di hidang kan

Simple kan resepi dia ? Tapi Qila suka  gabungan rasa nya ala-ala tauhu begedil gitu tapi beza sikit dari tauhu begedil. Cuba lerr, cecah dengan sos power Qila itu padu rasanya. Yummy!



No comments:

Post a Comment