Friday, June 1, 2018

Biskut Raya Semperit Dahlia

Semperit Oh Semperit ! Dia datang dengan lenggang lenggok nya

Hai Assalamualaikum

Dah start buat kuih ke tu ?
Dapur Qila bau harum cookies je, pantang ada masa terluang ada je aktiviti nak dapur berasap 😂
Kuih favourite Qila ni tiap-tiap tahun tak pernah miss buat tau ?
Siapa suka kuih semperit dahlia ? Korang ada tak masalah masa buat kuih semperit dahlia ni ?

Qila ada tips untuk kongsikan dengan anda bagaimana kita boleh atasi masalah-masalah yang selalu korang hadap kerenah bila buat kuih ini. 😤

Kebiasaan nya, masalah yang selalu korang akan hadap semasa buat kuih semperit dahlia ialah :

1. BUNGA SEMPERIT "JATUH"

- Penyelesaian nya : Semasa pukul butter, jangan biarkan tekstur nya kembang LIGHT AND FLUFFY. Kita bukan buat kek ye kakak-kakak sekalian. Untuk kek memang adunan kita pukul kembang light and fluffy. Sebatikan dengan senduk, nanti selepas percubaan pertama gagal bila korang tukar teknik pukul butter ini akan rasai perbezaan nya. Sebab ada segelintir yang biarkan adunan di luar untuk beberapa minit supaya bunga nya tidak jatuh semasa pembakaran kuih itu nanti.

2. ADUNAN KERAS SUSAH HENDAK DI TEKAN KE DALAM ACUAN

- Penyelesaian nya : Okay di sini mungkin ada kesalahan pada adunan. Biasa nya jika kita terlebih sukatan tepung, adunan akan susah untuk di paip keluar dari acuan semperit.
Jika terlalu keras adunan nya, ramas kan adunan doh itu dengan butter. Jangan letak sebanyak-banyak nya, ramas asalkan adunan mudah di paip dari acuan sahaja.

3. ADUNAN PUTUS-PUTUS KELOPAK BUNGA PECAH

-Penyelesaian nya : Biasa nya ada adunan doh yang melekat pada acuan kita gunakan, jika kita tidak bersih kan acuan menggunakan cungkil gigi di celah-celah kelopak bunga adunan, barangkali semasa kita paipkan doh itu adunan dia menjadi putus-putus. Terutaman nya acuan bunga semperit pecah 15, jarak di anara kelopak ke kelopak seterusnya memang berdekatan, apabila bunga semperit itu putus-putus kelopak nya jangan lupa untuk bersihkn lebihan doh yang melekat di acuan ya. Barulah dapat hasilkan kelopak yang sexy 😁
Jom kita tengok resepi Semperit Dahlia ini.
Qila pun pakai resepi ini juga, alhamdulilah hasil nya memang memuaskan hati 😉


Kredit to owner of this recipe, tapi Qila tak pasti siapa lah.. Resepi ni dah di turunkan dari generasi ke generasi 😳 Mak Qila cakap dah hampir sama dengan air tangan dia tau ?
Masakan paling indah, paling sedap ialah dari air tangan ibu.

Bahan-bahan :

300 gm mentega
140 gm gula icing ( wajib ayak tekstur ada yang berketul-ketul )
2 biji kuning telur ( kalau tak nak letak pun boleh, digantikan dengan
beberapa titik pewarna makanan )
1 sudu teh perisa vanilla atau kalau jenis esen pekat boleh letak kan ¼ sudu teh
( vanilla boleh atau esen rose pun boleh )
240 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
160 gm tepung kastard ( satukan ke semua tepung dalam 1 bekas untuk di ayak bersama-sama )

Hiasan :

Boleh guna cheri merah atau gula bermanik atau chocolate chip.
Adunan kali ini Qila gunakan chocolate chip sebagai hiasan 😃

Cara-cara :

1. Pukul kan mentega dengan gula icing menggunakan senduk ( sekadar sebati sahaja )
Adunan sekata masukkan esen vanilla atau rose, serta 2 biji kuning telur ( kalau ada ), pukul sebati lagi.

2. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit untuk dapat kan tekstur yang mudah di bentuk untuk menjadi 1 doh. Adunan yang serasi adalah adunan tidak terlalu lembut sehingga melekat-lekat di jari dan tidak lah terlalu keras untuk di bentukkan menjadi 1 bulatan doh.

3. Ambil acuan semperit gulungkan doh untuk di tekan, sementara kita menekan acuan ini, kita boleh panas kan oven terlebih dahulu.

Sexy tak lengguk nya menggunakan acuan pecah 15


4. Haa, ini la keistimewaan bagi korang yang ada baking macaron mat ini, tak perlu lagi oles butter pada loyang boleh terus paip di atas baking mat itu. Paip rapat-rapat pun tidak apa.

5. Buat sampai siap, bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau ikut pada suhu kesesuaian oven masing-masing. Dah siap bakar, biar sejuk sebentar di dulang sebelum di letakkan di redai dan simpankan ke dalam bekas kedap udara. Semoga berjaya dengan tips Qila kongsikan. 

Ready untuk dibakar alhamdulilah bunga nya terletak cantik sahaja

No comments:

Post a Comment