Monday, November 19, 2018

Chicken Floss Homemade 😍

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jom buat sendiri chicken floss 😆

Hai assalamualaikum, kali ni kita nak kongsikan resepi chicken floss homemade yang dapat membantu sis atau mummies di luar sana untuk berjimat ler. 😎

Chicken Floss
Bahan-bahan :

600 gm isi ayam ( sebaiknya pilih bahagian dada kurang tulang dan banyak isi)
(dalam ni 3 keping dada ayam pun dah lebih dari 600gm)
2 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan sos tiram
3 biji bawang putih (dihiriskan)
3 hiris halia sebesar ibu jari
2 sudu makan garam
½ sudu teh serbuk perasa Maggi cukup rasa
4 sudu makan gula
3 sudu besar serbuk cili

Bahan untuk masuk ke dalam breadmaker

½ cawan ditambahkan lagi dengan 3 sudu makan gula
½ cawan air kukusan sup ayam
Sedikit serbuk cili

Cara-cara :


Kukus isi ayam tanpa air.
1 Disebabkan arahan gambar pada resepi kurang jelas ramai yang buat kukus ayam macam tu jer.
Jadi bila korang nak buat tu bahan atas tadi tu bahan untuk korang kukus bersama-sama ayam ni.
Tak letak dulu pun tak apa tapi bau tu tak lah seharum kita perap.

Jus dari ayam.
2. Bila kita kukus tanpa masuk air, ayam akan keluarkan jus sup itu sendiri. Jangan buang ya kita mahu pakai nanti. Pastikan ayam betul-betul masak dan toskan ayam tu.

Isi ayam dicarikkan.
3. Ayam yang dah empuk tu korang boleh gunakan mixer untuk haluskan tekstur nya. Kita carikkan guna jari jer sebab mixer dah rosak.

Masukkan bahan lain.
4. Masukkan bahan B ke dalam breadmaker untuk kita masakkan bersama. Dalam gambar ni disebabkan kita kukus tanpa perapan ayam tu jadi kita terus masukkan semua bahan sekali.

Proses chicken floss.
5. Untuk breadmaker jenama Russel Taylor, korang tekan program nombor 13 under menu jam.Masa diambil selama 1 jam 20 minit. Sekali sekala pantau tengok chicken floss korang tu macam mana yer.

Chicken floss homemade.
6. Untuk chicken floss ni betul-betul kering, buat program 13 tu sebanyak 2 kali.
Ni lah hasilnya. Selamat mencuba. 😊

Friday, November 9, 2018

Banana Choc Chips Cookies

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Ba ba ba bananana....

Hai assalamualaikum, jom kita buat cookies paling simple, senang, mudah lagi super sedap untuk kudapan petang nanti. 😍
Biskut berperisa pisang dihiasi dengan rasa coklat dari chocolate chips ! Rangup di luar, chewy di dalam. Memang makan tanpa henti tau ? 

Banana Choc Chips Cookies
Bahan-bahan :

115 gm butter
15 gm gula kastor
80 gm brown sugar
½ teaspoon esen pisang

60 gm pisang yang dilenyekkan
195 gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
180 gm chocolate chips

Cara-cara :

Satukan bahan untuk gaul sebati
1. Dalam mangkuk adunan masukkan butter, gula, brown sugar. Tak perlu mixer gebu, pukul adunan guna senduk kayu jer.
Ramuan rahsia kita 😋
2. Pisang yang dilenyekkan dan esen pisang.

Masukkan esen pisang bersama
3. Adunan tadi yang dah sebati kita masukkan pisang yang siap dilenyek dan juga esen pisang.

Tepung dan baking soda.
4. Ayakkan tepung dan baking soda bersama.

Masukkan tepung.
5. Bahan yang di ayak tadi masukkan dalam adunan dan gaul sebati.

Choc chipsss 😍
6. Timbang chocolate chips dan masukkan dalam adunan. Kalau terlalu banyak choc chips tu nanti hilang pula rasa pisang nya 😌

Bentuk adunan dah siap.
7. Adunan memang ada sedikit lembik, tak payah tambah tepung dah siap boleh dibentukkan ikut citarasa masing-masing.

Sedia untuk dibakar.

8. Kita bentukkan bulat-bulat jer sebelum bakar panaskan oven dulu ya. Untuk dapatkan tesktur yang rangup di luar dan chewy di dalam bakar selama 25 minit. Tengok bila bahagian bawah dah cukup perang dah boleh sejukkan cookies dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sangat wangi tau bau dia ! 😎 Selamat Mencuba.

Wednesday, November 7, 2018

Tips Pisang Cepat Masak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alamak ! Pisang tak masak lagi 😌

Hai Assalamualaikum, kali ni kita nak kongsikan tips yang bermanfaat pada orang yang baru tahu
hal ni. Pernah tak terjadi tetiba orang order kek pisang. Tapi, puas dah pusing sana pusing sini masalahnya pisang tak masak betul lagi ni ! 😓

Serabutnya ! Macam mana nak buat ni ? Nak cancel order nanti cakap apa pula kan ?
Jom kita ikut tips ni. Insyallah boleh membantu korang yang nak pakai pisang urgent tu.


Bakarkan pisang.
Tips :
  • Pilih pisang yang separa masak untuk kita pakai.
  • Jangan letakkan terlalu banyak pisang dalam 1 loyang.
  • Letakkan maximum 3 biji pisang untuk 1 loyang
  • Bakar pada suhu 150°C selama 15 minit hingga 20 minit.
  • Kulit pisang akan jadi hitam, sejukkan sebentar sebelum kita gunakan.
Pisang yang dah masak ni aroma dia wangi sangat tau ? 
Semoga Bermanfaat.

Sunday, October 28, 2018

Resepi Kek Asas


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Jom buat kek di hujung minggu 😍

Hai assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa kata petang ni kalau mummies bancuh kek untuk keluarga tersayang ? Anak-anak mesti suka dapat makan kek dari air tangan ibu mereka.

1 resepi asas kek yang kita boleh pelbagaikan warna dan perisa. Amacam ? Terbaik tak ? 😆
Hari-hari nak makan kek pun tak apa sebab mummies dah expert dah buat kek untuk anak-anak tersayang.

Yang ni kita buat kek chocolate rice. Teringat kenangan masa zaman budak sekolah. Mama selalu buatkan kek chocolate rice ni, siap je bakar mesti berebut nak makan. Betul, tiada masakan yang lebih indah dari masakan air tangan ibu sendiri.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek ni. Yang baru pertama kali belajar pun insyallah boleh buat kek sendiri dengan syarat : Jangan derhaka resepi 😄

Kek Chocolate Rice

Gebukan kek ni.
Bahan-bahan :

1 cawan gula kastor
1 sudu makan ovalete
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur

Bahan A
Satukan gula, ovalete dan masukkan telur 1 per 1 putar sebati.
Masukkan esen vanilla sekali.

Putar hingga kembang jadi macam ni.
Kalau nak pelbagaikan perisa atau pewarna masukkan masa ni.

Bahan B :

1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action

Ni rupa baking powder double action.

Ayak bersama jadi macam ni.
Bahan C :

½ cawan susu cair

Bahan D :

½ cawan minyak masak

Bahan E :

½ cawan chocolate rice
Adunan A yang dah kembang masukkan tepung sikit demi sikit.
Gunakan spatula untuk kaup balik lebihan tepung.

Masukkan susu berselang seli dengan tepung sambil putar sebati.

Masukkan miyak boleh kaup balik rata atau putarkan sekejap.

Adunan yang siap dikaup balik nampak tak gebunya adunan tu ?

Masukkan chocolate rice.

Kaup balik sebati
Resepi ini sesuai untuk loyang 8 inci. Kalau mahu gunakan loyang 7 inci bahagikan kepada dua aduanan. Jangan isi penuh-penuh nanti membuak masa pembakaran kek tu. 😅

Sediakan loyang siap gris, pre heat oven dalam 10 minit.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang.
Siap untuk dibakar.

Suhu ikut kesesuain oven masing-masing. Yang ni kita gunakan suhu 150°C selama 45 minit atau sehingga masak. 

Semoga Bermanfaat.






Kek Dah Tak Melekat Kat Loyang Lagi !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Rasa frust bila kek susah nak keluarkan dari loyang.😔

Hai assalamualaikum, 3 bahan rahsia untuk kek mudah keluarkan dari loyang.
Haa, best tak kalau kita dapat keluarkan kek tanpa cacat cela ?
Tak lah sakit hati bila tengok kek rongak masa nak keluarkan dari loyang.

Ada yang gunakan teknik sapu shortening di loyang,
Ada yang sapukan majerin jer, atau pun kombinasi sapu majerin dan taburkan sedikit tepung gandum.

Bagi Qila ni cara paling efektif, hanya hentak satu kali selepas di bakar terus kek dapat keluar dengan mudah.

Bahan-bahan :


1 sudu makan tepung gandum.

1 sudu makan shortening.

1 sudu makan minyak masak.
Cara-cara :

1. Satukan kesemua bahan-bahan tadi. Dia akan jadi pes macam ni, sukatan membukit pun tak apa.
Senang untuk kita guna untuk masa akan datang. Simpan dalam bekas kedap udara boleh letak pada suhu bilik sahaja. Sapukan pada loyang sebelum kita masukkan adunan kek.

Sedia digunakam.
Semoga Bermanfaat.

Sunday, October 21, 2018

Jom Kita Mengookies

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kudapan waktu petang 😄

Hai Assalamualaikum, selamat berhujung minggu. Kat sini tengah hujan lebat ni, jom kita buat kudapan petang dengan biskut.

Resepi ni dikongsi oleh bakers famous tau, yang paling penting memang sedap dan wangi bau biskut ni.

PEANUT CHOCOLATECHIP COOKIES.

Gambar yang sudah siap dibakar.

Jom kita ngap sebiji dulu.
Bahan-bahan :

115 gm butter
15 gm gula kastor
80 gm brown sugar
60 gm peanut butter
195 gm tepung gandum baker's choice
1 teaspoon baking soda
180 gm chocolatechips

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk adunan satukan gula kastor, butter dan brown sugar.

Satukan mentega dan gula.

2. Gaulkan sebati pakai senduk jer.

Sebatikan adunan
3. Masukkan peanut butter dan gaulakn sebati.


Peanut butter.
4. Timbang tepung dan baking soda, ayakkan bersama. 
Tepung dan baking soda.
5. Timbang chocolatechips yang nak digunakan. 
Chocolatechips

6. Masukkan tepung gandum yang dah siap diayak ke dalam adunan.



Gaulkan sebati tepung.
7. Masukkan chocolatechips dan gaulkan sebati. Adunan memang berbentuk macam di gambar.
Bentukkan ikut cita rasa dan pre heat oven sebelum bakar biskut.
Tambah choclatechips.

Adunan siap dibentuk.
8. Buat hingga siap dan sedia untuk bakar. Kalau nak tesktur chewy bakar dalam 10 minit.
Kalau nak tekstur crispy macam ni bakar pada suhu 150°C selama 20 minit ikut pada kesesuaian suhu oven masing-masing.

Cookies yang sedia untuk dibakar.

Monday, October 15, 2018

Beza Tepung Cookies Dan Tepung Gandum.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tepung red rose tu yang ada lambang bunga ros tu kan ?

Pernah tak jadi macam ni ? Rasa keliru dengan tepung red rose dan tepung gandum cap rose ?
Sebenarnya, kedua jenis tepung ni masih lagi dalam kategori tepung gandum.

TEPUNG RED ROSE

 
  • Tepung khas untuk biskut.
  • Ada campuran tepung jagung, tekstur lebih ringan dan halus berbanding tepung gandum.
  • Ada yang label sebagai tepung cookies, tepung red rose atau tepung biskut.
  • Biskut yang gunakan tepung ni lebih rangup dan ringan.
  • Biasanya di jual di kedai bakeri dan harganya agak tinggi sedikit berbanding kos tepung gandum biasa.
  • Boleh ditambahkan dengan tepung perangup yang lain dengan nisbah 3:1 iaitu lebikan tepung cookies ni dari tepung perangup. ( Bergantung pada permintaan resepi ya)
  • Sesuai untuk produk pastri dan pembuatan biskut.
TEPUNG GANDUM CAP ROSE



  • Tepung gandum biasa (multipurpose)
  • Perlu ditambah dengan bahan-bahan perangup lain seperti tepung ubi, tepung jagung, kastard dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian resepi.
  • Senang dicari di supermarket.
  • Harga lebih murah berbanding tepung red rose, bergantung pada jenama dan kualiti tepung gandum tu.
  • Boleh digunakan dalam pembuatan kek, biskut dan kuih-muih.
  • Perlu diayak 2 atau 3 kali jika ditambahkan dengan serbuk penaik.
Semoga Bermanfaat.